Wednesday, March 30, 2011

hujan

dan rahmat Tuhan ini
membawa aku jauh terbang melayang
ke masa silam ku
masa silam di mana
diriku tidak seperti kini

semua berbeza kini
tidak lagi sama seperti dahulu

tawa yang dahulu, mana kau?
senyum yang dahulu, mana menghilang?
aku yang dahulu, mana kau?

dingin mencucuk tubuh
sedingin diri terhadap semua kini
mana pergi kehangatan dahulu?
menghilang di celah rintik air di luar

kehangatan yang pernah dirasakan satu masa dahulu
menghilang di kedinginan yang mencengkam

adakah ini rahmatNya?
ujian dan dugaan yang pasti
perlu ditempuh dengan kekuatan
kekuatan yang perlu dicari

hujan,
benar kau dingin.

Wednesday, March 23, 2011

for you, Adam Abdullah

if and only if i can turn back the time
i will never let my eyes off your smile
i will never let your hands go
i will always stare at your face

because now
i can never turn back the time
when we were together
and we were happy, that time

i see u
in every seconds of my life, now
hoping that we can be together, again
hoping that my hand can still hold yours

i miss, all about us
the time
when we laugh together over silly things we did
when we cry together over our silly fights

and now, no more of that
no more us
now it is you, and me
no more us

tears of mine, never stops
memories of you, never fade
images of you, never vanish
voices of you, always heard

will never forget your touch
will never forget your smile
will never forget our time
will never forget our love

i miss you so
i still love you so, hunn
if i can bring you again to my life
i will be the happiest person ever lived

how i wish
if, and only if, i can turn back
our time.


Monday, March 21, 2011

is it a must?

perlu ke sebegini sekali kau lukakan aku?
luka dahulu belum sembuh, kau tambah satu lagi gurisan.
kali ini sangat dalam.

tidak, aku tak pernah, tak akan membenci kau.
walau apapun usaha kau lakukan, tidak, aku takkan berganjak.
kau pernah aku sayang, dan masih aku sayang.
setakat ini, belum ada lagi sesiapa yang aku sayang, aku benci.

perlu ke sebegini sekali kau kejam pada aku?
kau hina aku, semata-mata untuk membuat aku benci kau?
apa perlunya semua itu, sebab aku mampu beri apa yang kau mahu, tiada hubungan langsung antara kita kan?
kita bukan lagi kawan kan?
itu yang kau mahu?
aku mampu bagi.
tak perlu sehingga kau hina aku begini.

aku bukan sedih kerana apa yang kau perkatakan padaku,
tetapi aku sedih dan tertanya, perlukah kau lakukan sejauh ini?
tiba-tiba hidupku rasa tak bermaya,
aku bagai tersungkur di pertengahan jalan yang sibuk,
menunggu maut datang menjemput.

waktu ini, tiada semangat langsung mengisi aku.
tiada semangat ke mana pun.
lebih baik terlantar di pembaringan.
apa yang kau lakukan bukan membuatkan aku benci diri kau,
tetapi benci diriku.
aku yang dikhianati, kau yang meninggalkan aku,
walau aku minta kita masih berkawan.
kau tak mampu sakit sedikit untuk aku.
atau aku yang tak faham kau?

bagaimana, ingin aku lalui hari yang mendatang?
melihat kau dari kejauhan tanpa tahu apa-apa tentang kau?
kita, asing.
tak pernah aku terfikir sebegitu.

kau kata, minta maaf tak dapat menunaikan janji itu padaku.
lebih menyakitkan.
tak apa jika nak buang aku, tak mengapa.
tapi tak ingin aku lihat kau jadi tak seumpama manusia.
tak pernah ingin.
biarlah apa pun, aku cuma inginkan kau jalani kehidupan yang baik.
biar apa pun kau lakukan padaku.

nampak sekarang, yang kau yang mahu buang aku.
remove dari friends, buang semua profile picture kita bersama.
walau aku yang disakiti, aku tak pernah lakukan kau sebegitu.
aku disakiti bertubi-tubi, berkali-kali.
ini yang terbaik untuk aku?
diri aku, untuk aku yang berkeputusan, bukan kau.
kau yang inginkan begini, jangan kata aku yang mahu.

paling sakit, kau kata tidak mampu menunaikan janji.
kenapa aku tak dapat sedikit pun keadilan?
kenapa kebaikan untuk diri kau yang aku minta pun kau tak boleh lakukan?
mana keadilan untuk aku? sedikit pun tiada?

aku cuba mengakhiri segalanya antara kita dengan kegembiraan,
macam-macam aku lakukan untuk memastikan kita gembira saat-saat terakhir itu.
semua usaha aku, punah.
kau akhiri kita dengan begini.
inikah yang kau mahu?

saat ini aku sangat memerlukan kau untuk menangis,
untuk aku luah apa aku rasa,
dan kemudian kau boleh berlalu pergi.
tetapi aku tiada lagi hak itu.
hak meluahkan perasaan pada kau lagi.
kerana kita bukan lagi kawan, aku bukan lagi sesiapa.
semangat aku, tiada lagi.
esok lusa bagaimana aku menjalani kehidupan tanpa semangat?
tiada kudrat untuk berbuat apa pun..

kenapa, kenapa, kenapa..
aku tertanya.
kenapa kau ragut semangat dan kudratku.
kini mana aku harus pergi, siapa harus aku cari, apa harus aku lakukan,
untuk semangat itu kembali semula padaku..