Thursday, June 24, 2010

monolog

kau agak, lama kau dengan dia?

tak tahu. aku nak lama.

kau jealous ke?

a'ah.

kenapa?

entah? sebab tengok comment2 lama.

kau still rasa kau tak special pada dia?

a'ah.

kau tak percaya apa dia cakap selama ni? kau tak percaya pada perubahan dia, sejak kau kenal dia dulu sampai sekarang ni memang berbeza gila?

aku percaya, tapi entahlah, jealous tengok comment2 tu. walaupun masa lampau, tapi tak mustahil satu hari nanti dia sambung belajar, dia mesra-mesra dengan kawan perempuan dia. perempuan-perempuan kat uni dah lah perangai macam hape. senang-senang kot dia tergoda. aku risau. even berkawan pun aku jealous. aku tak tahu apa masalah aku ni. stupid.

dah tu macam mana bila dia dah sambung belajar nanti?kau nak jealous gini jelah hari-hari?kau tahu kan dia bosan nanti?

aku tahulah! tapi, bila aku sayang orang memang aku macam ni. bila aku dah tak ada perasaan , yes, buatlah apa-apa nak, aku tak heran langsung.

kau baik sangat apa?

tak. aku jahat.

habis tu? relaxlahh weyy. tu dulu kan. sekarang dia sayang kau kan. aku rasa kau nampak tu.

ya, aku tahu dia sayang aku. tapi aku tak yakin.

kau mana pernah yakin dengan lelaki. kalau macam ni perangai kau sampai bila lah kau memang tak ada orang nak. chill sikitlahh.

hmm.

macam ni lah, kau teruskan je. lets say lepas ni apa-apa jadi, dia kecewakan kau, dia punya orang lain, dia dah tak nak kau, anggap je dia bukan jodoh kau. walau aku tau, dia baik kan? anggap semuanya dugaan hidup, sebelum ni pun kau pernah kena kan? dan semua tu mematangkan.
kau bahagia dengan dia kan sekarang? teruskan je. aku yakin, insyaallah dia lah untuk kau.

hmm ok. kalau sekali lagi kecewa, aku tak tahu lagi apa nak buat. ikutkan, aku tak sanggup sakit. tapi yang penting aku tahu aku akan teruskan hidup. aku kuat. walaupun,aku takut kecewa, aku harus terima.




aku harap betul kata kau, dia untuk aku.


Wednesday, June 23, 2010

hatred

ok i hate myself when im not in the mood.
hate you nadia hate you hate you!
hate to make people face me in this stupid mood of me.
i had to leave for a while.
i am sorry, farel.

Saturday, June 19, 2010

ohh im going to UPM! :)

oh yeah UPM ye.
bukan UiTM.
kononnya yakin gila tahap dewa dapat UiTM.
tak dapat pun pun. huhu.

at first, sedih gila gila tahap makcik joyah ke pakcik man
pun boleh.
sebab sebab sebab, tak dapat sama dengan pakcik.
dia dapat UiTM.
kan dah janji nak masuk universiti sama.
dah berangan sampai ke langit biru segala,
tup tup, punah.

tapi tapi tapi, dia dapat di Shah Alam.
aku di Serdang. kira tolak campur darab bahagi,
bolehlah tu.
weekend boleh menge-date. kuikuikui.

ada hikmah Allah bagi aku UPM.
kot-kot kalau masuk UiTM main-main je ke,
tak belajar sungguh-sungguh ke.
(masalahnya pernah ke aku belajar sungguh-sungguh?) haha.
ataupun, kalau aku ada dekat dengan pakcik,
dia tak fokus belajar ke,
kang tak pasal-pasal aku jadi punca dia tak belajar nanti.
habis Pak Idris cari aku sambil bawak penyapu nanti. haha.
lagipun kalau tak selalu jumpa nanti rindu-rinduan lebih sikit.
haha.

and and and, aku dah study pasal course yang aku dapat ni.
i think they offer better than UiTM.
lebih spesifik semua subjek-subjeknya.
so aku tersangatlah happy sebab
i gotta feeling that my life would be great there!
hehe. gedik pulak. haha.

one more, yuran dia, mak oii.
bak kata shida, dah boleh buat kenduri kahwin oo!
ahah. betul jugak tu, tapi belajar lebih penting dari kahwin
buat masa sekarang ni.
of courseeeee.

pendaftaran masuk, 3julai2010.
kurang 2 weeks lagi dah kena berangkat dan mengangkat.
berangkat kaki, mengangkat barang-barang.

teruja disertai debaran menunggu waktu itu.
risau tidak dapat menyesuaikan diri di sana.
tapi, u go Nadia! kau boleh!

haa kepada Mohamad Hishammuddin Bin Idris,
jangan nakal-nakal ya?
saya banyak spy di sana. muahahahaah.
takut tak? :p

kepada spy-spy sekalian,
anda dibenarkan memukul si di-spy tu kalau dia buat hal ya?
saya benarkan. haha.

to b : i will really really miss you alot alot alot!
nanti datang jumpa bb slalu lah k? hehe.

kepada UPM, tunggu saya! :)



semalam main scribble-scribble dengan pakcik.
inilah hasilnya. :))

Friday, June 18, 2010

dugaanMu ya rabbi

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


KOD PROGRAM : PA02

NAMA PROGRAM : BACELOR KOMUNIKASI

IPTA : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

URL SURAT TAWARAN : http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran


aku mahu mass communication, UiTM.
inikah takdirmu buatku ya allah?
jika ya, kau berikan terbaik untukku.
jika tidak, tunjukkan aku jalan ya allah.

kau buatlah keputusan

aku penat.
aku suka kau lagi.
tapi aku tak rasa kehadiran aku dihargai lagi.
semacam aku mengganggu hidup kau.
menghalang kebebasan kau.
aku tak rasa aku diperlukan kau.
untuk apa aku ada lagi?
untuk apa?

kau tahu kan aku trauma dikecewakan.
aku trauma ditipu.
aku trauma dengan lelaki.
aku benci apa-apa disorokkan dari aku.

satu hari tak ada khabar kau,
aku fikir kau dah berlalu.
sumpah, aku rindu kau.
hari ini, kau pulang.
segala penjelasan kau, merumitkan minda.
mengusutkan segalanya.
walaubagaimanapun, kau berterus-terang,
tak mengapa.

melalui penjelasan kau,
aku tak rasa kau benar-benar perlukan aku.
mungkin kau cuma keliru.
aku mungkin perempuan pertama yang menunjukkan keseungguhan pada kau.
dan kau tak ingin kecewakan hati aku,
hati perempuan pertama ini.
dan kau layani aku dengan baik.
macam tu? atau aku salah?
aku yang berlebih?

sumpah, aku ingin sangat kau.
tapi aku penat berasa resah begini.
sakit, aku rapuh.

kadang-kadang juga aku terasa,
sikap asli pada diri kau,
yang nampak endah tak endah dengan apa yang berlaku di sekeliling.
tapi aku faham, itu kau, yang aku belajar cintai.
aku sudah terima sikap itu.

tapi apa yang jadi baru-baru ni,
benar-benar membuntukan fikiran,
mengelirukan neuron-neurun dalam memberi isyarat yang tepat kepada minda ini.
ditambah dengan hati yang sibuk menjerit-menjerit meminta kau.

aku ingin kau sangat, jalani hari dengan kau.
tapi aku takut lebih jauh aku bawa perasaan ni,
lagi luka aku satu hari nanti.

jangan salah faham,
aku bukan lagi terasa kerana apa yang kau sorokkan,
tapi penjelasan kau hari ini tentang kenapa kau hilang semalam.
sekurang-kurangnya beritahu aku, ape jadi pada kau semalam.
bola boleh ditonton, charger telefon bimbit tak tercapai oleh kau?
benar-benar aku terasa.

aku faham mungkin kau inginkan ketenangan,
tapi aku?
kau biar berserabut bagai nak gila ni?

hati aku ingin kau.
minda aku pula sibuk menghubungjalinkan pelbagai kejadian dari dahulu hingga kini.

aku patut ikut minda atau ikut hati?
aku tahu dan faham kau tak mampu beri apa-apa jaminan pada aku.
tapi, aku dah tak sanggup luka lagi.

kau buatlah keputusan,
aku patut ikut hati atau minda.

Wednesday, June 16, 2010

dissapointment

aku rindu kau.
mana kau?
kau tak cari aku. kau tak nak aku lagi?
satu hari kau jauh tak pernah sesaat kau lekang dari fikiran aku.
mana kau?
cuba aku buang kau.
aku sangka mampu.
tapi,
aku rindu kau sangat walau aku sakit.

Saturday, June 12, 2010

keyboard

adakah keyboard di komputer atau keyboard yang alat muzik itu?

ahha. keyboard yang pertama jawapannya.
sebenarnya tak ada idea untuk tajuk tulisan kali ini ya.
sebab itu apa yang terlintas di depan mata jadi lah ia jeng jeng jeng, tajuk post.
haha.

current location : muar, johor.
semalam bertolak dari johor bahru selepas satu hari yang sibuk.
sampai lebih kurang pukul 9 malam.

oh semalam sangat happy lagi bangga kerana
lesen P yang bernilai ribuan ringgit itu telah dapat digenggam!
akhirnya!
puas hati aku.
sekarang tengah fikir, bila lah aku dapat memandu ni?
haish. tak ada siapa punya yang berani bagi perempuan 19 tahun yang baru dapat lesen memandu, memandu ok.
sekali lagi people, PEREMPUAN UMUR 19 TAHUN YANG BARU DAPAT LESEN MEMANDU, MEMANG TAK DIPERCAYAI OLEH SESIAPAPUN UNTUK MEMANDU!

kenapa eyh?
ayah sendiri pun walau dah teman pergi JPJ untuk ambil lesen memandu pun masih cakap macam ni lagi,

"Kak long, clutch ni kena tekan macam ni, baru kereta macam ni... and bla bla bla. "
HELLO, KALAU DAH LEPAS UJIAN MEMANDU TU MAKSUDNYA, TAKKAN LA TEKAN CLUTCH PUN TAK TAHU LAGI.
haha. inilah mentality masyarakat.
asal perempuan drive, teruk.
asal perempuan drive, lembab.
hesh. nanti kau aku drive lelaju 300km/jam baru tahu.
hahah. meter pun tak sampai macam tu.

talking about life.
cik asniera sekarang dah dapat kerja.
dan baru potong rambut.
haha. sangat comel katanya.
sedih pula bila dia dah kerja. nanti aku nak pergi mana-mana tak ada orang teman.
kalau tak dia selalu ada.
lepas tu nanti dia ada kawan baru ramai-ramai.
aku jealous. wekk3, menyampah.
jangan lupa aku b!!!

semalam berbual dengan pakcik sebelum tidur.
best! ahah. hee bestnye.
kenapa best? haha. tiba-tiba rasa macam..
entahlah tak tahu rasa macam mana nak cakap or tulis di sini,
tapi wah ia adalah satu perasaan yang sukar digambarkan ke-happy-annya.
haha.

3days ago, pergi menonton wayang bersama Asniera Jasni dan adiknya.
Lagenda Budak Setan.
best wohhh. love story yang sangat aku kagumi.
jalan cerita yang sangat unpredictable.
kalau tak, selalunya prediction aku betul je.
kali ni, salah sentiasa.
so, aku suka cerita ni konklusinya.
kalau dapat boyfriend macam watak Kasha dalam cerita tu,
wah gila hebat.
hidup mesti dipenuhi kebahagiaan eyh. haha.
tapi wujud ke cinta yang macam tu lagi dalam dunia ni?
hmm, no idea.

ada satu kerunsingan ni,
sibuk fikirkan, dapatkah aku teruskan pelajaran di UiTM?
hmm, kalau dapat, macam mana kehidupan di sana nanti?
hopefully all will be all right
and nadia, you have to act normally,
macam selalu-selalu, kan kau senang adapt to any environment.

lagi satu lagi kerunsingan,
macam mana nak kurus?
badan makin naik makin naik.
bila nak makin turun makin turun pun tak tahu.
masalahnya aku ni kalau nak puasa je, pening.
pening situ, mual sana. aduhaiii.
macam-macam masalah lahh.

bila gemuk ni,
pakai apa pun tak cantik lagi hodoh you know.
baju-baju yang cantik dalam almari dah tak cantik bila budak gemuk ni pakai.
huhhhhh, bosan bosan.
nak kurus nak kurus!
nak kurus macam Scha Alyahya.
cantik wooaaahh dia itu.
lepas tu macam brutal-brutal kan.
memang terbaik lahhh. hmm, tapi bila nak dapat?
aduhh pening.

dah lah, malas nak menekan keyboard lagi,
lepas ni tak tahu nak buat apa.
novel maybe?

bye people. :'(