Friday, April 29, 2011

mohonku

Tuhan,
kini kucuma mohon
kau berikan aku kekuatan menghadapi semua
halangan, rintangan
sesungguhnya aku amat menyayangi lelaki itu
seluruh hatiku
dan aku tidak menginginkan rasa itu hilang
Kau jadikanlah dia yang terbaik buatku
Kau jadikanlah aku yang terbaik buatnya

tentang halangan dari yang lain
Kau bukakanlah hati mereka menerima kami

kadang-kala aku rasa sendirian
tidur malamku meracau
aku rasa sendiri
Tuhan, Kau kuatkan aku menghadapi semua ini sendiri
berikan aku kesabaran menghadapi tingkah lelaki itu
Kau buatlah aku sentiasa mengalah dengannya
sesungguhnya aku cuma tidak mahu menyakiti
dan hanya ingin menjadi yang terbaik buat dirinya

walau bagaimanapun Tuhan
kau bukalah matanya melihat kekuatan aku menghadapi semua
buatlah dia kagum dengan cintaku terhadapnya
jadikanlah dia seorang lelaki yang menghargai aku
Kau tabahkan juga hatinya
kerana ku tahu dia tidak sekuat mana
kuatkanlah hatinya menghadapi kesusahan
tetapkan hatinya agar tidak meninggalkan aku dalam apa juga keadaan

Tuhan..
sesungguhnya Kau saja mampu memakbulkan semua ini
Tuhan..
sesungguhnya aku amat mencintai lelaki itu
Kau kekalkanlah cintaku dan kudratku untuknya
tinggikan sabarku, berilah dia kebahagiaan bersamaku..

Tuesday, April 12, 2011

saya

saya Nadia.
orang tak suka saya ni.
saya selalu jadi bahan umpatan dan kutukan orang.
saya tak ramai kawan.
tak ramai orang sayang saya.

saya ada seorang kawan baik.
dia sangat ramah.
semua orang suka dia.
kadang-kadang jealous dengan dia.
dia ada segalanya.
kesenangan, kawan yang ramai.
saya tak ada semua tu.
yang saya ada cuma sedikit kepandaian yang Allah pinjamkan.
walau bagaimanapun, saya bersyukur.

tetapi, lumrah hidup manusia,
mesti cemburu di sana sini.
saya pun, saya tak nafi.
sebab kalau dia bosan, sesiapa je boleh dia ajak untuk keluar.
dia ada kereta, ada kawan ramai.
saya?
kereta tak ada, kawan pun tak ada.
yang saya ada, sedikit kawan-kawan rapat, pun tiada kenderaan.
dan seorang ex boyfriend.
tiada siapa lagi saya boleh ajak keluar, mereka jelah.
saya sayang mereka, dan saya masih sayang ex boyfriend saya.
bunyi macam loser? memang saya loser pun.

kawan baik saya tak suka ex boyfriend saya.
so bila saya masih keluar dengan ex boyfriend saya, kawan baik saya sakit hati.
tapi mungkin dia tak dapat faham situasi saya di sini.
saya tak salahkan dia.
saya pun ada je terasa dengan dia, dia kurang tegur saya di Facebook sekarang kalau online.
tapi saya tengok selalu je wallpost dengan orang lain.
tak apalah, mungkin saya ni membosankan.
saya terima.
saya memang tak pandai beramah mesra.
tak pandai ambil hati orang.
saya tak pandai semua tu.

kawan, saya tak macam awak.
awak hidup dilimpahi kesenangan.
dikelilingi kawan-kawan.
dilengkapi kemudahan bergerak.
saya tiada semua tu.
saya bergantung pada kawan-kawan saya yang tak berapa ramai di sini, dan ex saya.
saya tahu tak adil untuk saya minta awak faham saya je.
tapi dah tiada perkataan lain lagi yang saya boleh cakap.

saya minta maaf sebab saya tak memenuhi keperluan awak.
saya minta maaf sebab saya membosankan.
saya minta maaf sebab saya tak mampu gembirakan awak.
saya minta maaf saya teruk
saya minta maaf saya cuma seorang yang serba kekurangan.
saya minta maaf juga jika awak fikir saya pentingkan diri sendiri.
saya minta maaf atas segalanya kawan.

Friday, April 8, 2011

benci

benci aku dengan kau
aku benci kau!
aku benci!
aku benci!
aku benci!
benci....

jika

jika kita masih bersama
jika masih kita berdua
hari ini, setengah purnama kita berkasih

sebulan telah tiada berdua
sekelumit ingatan tidak terlekang
kau masih yang terutama
kau masih yang menjadi raja

amat ku merindukanmu
amat ku rindu detik berdua
amat ku rindu kau dan aku
amat ku rindu kenangan dulu

kumasih tertanya
mengapa semua ini berlaku
inikah keadilan untukku?
kehilangan dirimu
perit
sakit

kuingin dirimu
kuingin milikimu
kuingin cintaimu
kuingin menjagamu

tapi kini
mengapa jalan ini kaupilih
mengapa ini yang kauberi
mengapa aku tidak boleh mencintaimu?

titik-titik air mata
masih setia menemaniku di dingin malam
berharap masa mampu diputar kembali
berharap dirimu kembali ke sisiku..