Wednesday, May 26, 2010

dras+fantas+tik

status facebook ditukar?

"in a relationship with farel hm"

haha. drastik namun fantastik.
haha, tiada yang official, cuma di facebook.

tidak lama lagi mungkin?
status ditukar atas pelawaan si kura-kura itu.

haha. suka atau tak? pertanyaan aku.
jawapan : takkan saya nak buat apa yang saya tak suka.
haha. last-last, aku yang suka.
nadia kan memang gatal. haha.

oh janji makan bersama, tonton wayang bersama.
yang penting,

labi-labi : awak, susah tau sayang orang, kadang-kadang makan diri.
kura-kura : tak apalah, saya yang dah decide kan, so saya akan tanggung lah.

aku anggap tu sebagai janji.
nadia mula berharap kembali.

jangan kecewakan saya ya awak? :)

keras

apa sebenarnya?

aku cemburu.
bercerita mereka tentang percutian mereka.
tanpa aku.
kehadiran seolah-olah tak bererti.

kosong,
makin hampir aku kepada ruang yang tidak berperasaan.
hati sensitif tetapi..
entahlah.

tiada siapa mampu aku luahkan lagi.
dia makin keras.
aku makin tak mampu melawan.
hanya mampu mengalah.
kerana sayang.

tangis teman aku.
orang kata menangis menghapus dosa.
banyak dosa aku sehingga setiap hari tumpah tangis itu,
sangat banyak.
ya allah, bantu aku.

sentiassa aku mengalah.
atau aku masalah sebenar?

panggilan kau aku menjadi lazim bagi dia.
dia kata give up. aku?
walau berkali hancur hati, masih di sini.

bila cakapnya tidak dibalas,
aku dikata tidak lagi mahu dia.
tapi fikiran aku berbeza.
balasan akan mengeruhkan keadaan.

susah bila sayang seseorang.
kau korbankan diri, korbankan hati.
hati aku, tak ada orang faham.
dia, susah mengalah. hmm.

macam aku, terlalu banyak dosa aku lakukan sehingga jadi begini.
bantu aku ya allah.

b, bb minta maaf atas segalanya.
dah lah, kita macam biasa ok?
nadia sayang asniera sangat.

Tuesday, May 25, 2010

jigsaw puzzle

itu lah hari gaduh.
itu lah hari hari keputusan.
itu lah hari hari menangis.

gaduh, asniera.
keputusan, irfan daniel.
menangis, sendiri.

dari hari rabu until jumaat, aku kerja.
event astro.
luckily kerja. even kena tinggal dengan kawan-kawan yang holiday di indonesia.
tapi sebab bekerja lah, aku lupa seketika masalah aku.

masalah yang bertimpa-timpa yang kesudahannya,
nadia mengalah.
yes, nadia mengalah.

tapi tidak lagi untuk idh,
hati nadia dah tertutup untuk dia.
sayang masih ada dan berbekas,
tapi kecewa hati mengatasi semua.
tangis dan rayu dia tidak lagi mencairkan hati.
nadia berazam, irfan daniel lenyap dari hati.

asniera, sama macam dia.
tak pernah yang cakap berfikir dulu,
ikut hati ikut perasaan.
impak, nadia rasa.
impak, nadia sakit.
ok, aku sayang kau, sebab tu aku masih diri sini.
untuk kau babe.
aku sanggup terima apa pun. demi kau.

keputusan meninggalkan cinta untuk daniel,
aku buat akhirnya.
mimpi semua selama ini, berkecai.
dia pecahkan dan aku berkeputusan tidak mengutip mimpi itu lagi.
jigsaw puzzle yang sama berulang kali ku cuba sudahkan,
terasa bosan yang melampau.
cukuplah daniel ya. aku bosan cintakan pengecut macam kau.
tiada lagi papa untuk kau dan untuk aku.
aku minta maaf walaupun sepatutnya kau yang patut.

asniera, jangan buat aku macam ni lagi.
bukan aku patung, mampu tahan segala yang diperlakukan.
jangan sama macam daniel, tolong aku?

satu harapan baru menjelma.
harap ada sentiasa.
brand new hope itu.
insyaallah.

set jigsaw puzzle itu aku dah buang dan makin lama akan jauh dari aku.
kekuatan, temani aku.




Tuesday, May 18, 2010

nadia sekarang

itu gambar muncung-muncungan masa di singapore. haha.
ceritanya cerita lain sebenarnya. haha.

nadia sekarang mengantuk.
tapi menahan mata sebab tengah chat dengan pakcik, haha.

hari ni selasa.
baru balik dari singapore bercuti 3 hari.
BEST wooh! haha.

singapore sangat cantik. bestnye kalau malaysia pun macam tu. huu.
tapi macam tak mungkin je? haahaa.

singapore, mengingatkan aku pasal idh.
janji nak bejumpa, satu message pun tak ada.
sampai sekarang masih tak faham apa jenis manusia dia tu.
alien mungkin? haha.
lupakan alien itu nadia.
nanti kalau kahwin dapat anak alien kau mahu ka? haha.
takmau2. haha.

vacation to singapore hari itu boleh kata first time pergi bila dah besar ni.
besar ke? bukan besar, gedabak ok. haha.

masa dekat imigresen, macam orang apa seyh tak tahu apa langsung.
terkial-kial aku. haha. dengan beg besar haa.
tapi best. pengalaman.

sampai singapore tersenyum seorang2.
pasal apa?
haha. sampai juga kau kat singapore ya nadia?
haha. bukan ni ke yang kau nak selama ni?
haha. kepuasan tahap maksima.
nadia sangat happy.

aku pergi singapore berempat.
macam biasa, asniera jasni, raha hananee.
dan yang tak macam biasa, rabiatul adawiyah.
sampai sekarang macam masih tak percaya lagi dia ikut sebab dia itu jarang keluar rumah.
haha. sekali keluar terus pergi singapore haa hamek kau. ahha.

masa kat sana tu :

asniera jasni : sentiasa badmood memanjang.
lapar badmood, tak boleh keluar duit badmood. haish.

raha hananee : jalan mata buka separuh je. nantok punya sebab.
ini budak tak faham ,asyik mengantuk 48 jam. haha.

rabiatul adawiyah : haa yang ni geng bas sekolah. haha.
tak penat punya melayan aku berjalan.

nadia badrulhisham : berjalan yang tak ingat dunia macam besok kaki dah tak ada. mungkin punca utama rakan-rakan yang lain badmood dan penat. haha.

bukan apa lah, dah aku ni memang suka berjalan dan susah nak penat.
so, apa nak buat? ahha.

di singapore berjalan ke :

1. ORCHARD ROAD : yang gila banyak branded boutique. huu. gila ramai orang juga. kami semua duduk tepi-tepi sambil menikmati pemandangan + menikmati ice cream $1 + melihat orang yang lalu lintas. huu. lalu lintas ke lalu-lalang?

2. CITY HALL : esplanade, merlion dan nampak singapore flyer from there. seriously cantik sini.
ambil gambar oh beribu. haha.

3. SENTOSA BEACH : haa sini mang cantik menarik kau memang da bomb punya pantai. haha. aku tak tahu pantai buatan atau asli lah, tapi memang cantik. masuk pun murah. $3 sahaja. ada satu mat saleh nak ambil gambar dengan aku. haha. aku tanya why? dia cakap "oh because you are so beautiful". haha. mampos. jawapan aku : nah nah, its ok. huu. tak nak lahh.

4. ARAB STREET : wah sini lepak satu restoran arab. NABINS. woah best gila! lalu arab street ni lah baru nampak orang-orang melayu singapura seyh. lau tak rabak nampak semua cina la seyh. haha. bajet berbual singapore macam poyo-poyo. haha. haa Nabins tu tempat duduk dia macam tempat baring. ahha. dan ada persembahan samrah(tarian arab). yang perform tu lelaki-lelaki sebaya aku lebih kurang lahh. haha. comel pulak tu. CUCI MATA. huu. pakcik jangan marah. :p

5 . BUGIS STREET : ni ala-ala petaling street lahh. barang-barang dia memang cantik-cantik and stylo-milo, nescafe sume-sume lah. haha. nak balik dari sini, hujan pulak kan. kemudian bermandi hujan lah. best jugak.

6 . CHOA CHU KANG : haha. ini tempat first pergi tapi lupa pulak nak tulis awl-awal so tulis last sekali. kami stay sini, rumah aunt asniera jasni. got 1 mall here, namanya Lot 1. ada cotton on, so beli cardigan idaman yang dah lama diidamkan dari di kuala lumpur lagi. haha. puas hati.


masa jalan-jalan, ternampak singapore polytechnic.
wah sakit hati bukan main.
sebab itu tempat belajar idh dulu. wah lao.
yang si raha mengantuk 48 jam tu boleh kata apa : nad aku berdebar lah tengok singapore polytechnic ni.
aku tanya : kenapa?
raha kata : mesti ramai mamat handsome dalam ni.
nadia kata : ok raha.

aku ingat berdebar pasal apa seyh, rupanya..
jawapan raha sangat mengejutkan lalu mengecewakan. haha.
raha yang tak pernah berubah sukanya tengok lelaki handsome. haha. gatal.

sesat jalan wajib ada ya rakan-rakan dalam setiap percutian aku. dekat kl pun ada hari tu. nak cari bukit jalil macam nak cari gunung fuji kat kl hari tu. ahah.
kat singapore : asniera lupa jalan nak pergi rumah nenek saudara dia.
haa amek kau lepas tu kaki sakit + lapar + haus.
haha. nasib baik jumpa lepas tu. tu pun naik cab at last. haha.

masa di singapore :
asyik tengok handphone mengharap ada orang merindui diri ini.
bapak ayat tak boleh jiwang habis kau nadia. haha.
tak adalah. tunggu message dari pakcik sebab dah cakap kalau rindu bagi je message.
satu message je sampai! haha. pakcik-pakcik. tak rindu saya lah tu! benci. haha.

tadi kan kan, pakcik kata aku tulis blog macam best dibaca. haha.
apa entah yang best pun tak tau. haha.
tapi, TERIMA KASIH PAKCIK SAYANG! hehe.

baru kejap tadi : cerita dengan pakcik pasal mus.
huu. pakcik jealous lahh. hee pakcik, sory. cerita lama lahh. hehe. takmo jealous lagi lah.

asniera, esok dia ada exam. entah ok ke tak tu.
risau aku. b, belajar betul-betul b. kesian mama dengan ayah. tau tau.

haa, pergi singapore sangat banyak ambil gambar. snap sana snap sini.
haha. tapi sorrylah malas nak upload di blog ini. facebook sahaja. hee.

perancangan cuti semester universiti nanti ialah kerja di singapore.
ceh padahal semester satu pun tak masuk lagi dah cerita pasal cuti. ahha.
merancang itu penting.
nadia, laratkah kau? haha. turun naek bus dan MRT kalau kerja singapore.
bangun pagi yang teramat. balik malam yang teramat juga.
semua itu adalah equivalent to penat yang teramat.
tapi duit juga banyak yang mungkin teramat.

laratkah nadia yang teramat? haha.
banyak betul perkataan teramat.
baca pun sudah pening teramat. haha.

kita tamatkan teramat itu. ahha.

hari rabu dah nak kerja. sampai hari ahad. 5 hari.
penatnya woo tak habis lagi. haha. tak apalah.
demi mencari wang! haha.

dah lah, bahu sakit menaip.
panjang betul bermadah malam ni. haha.

bestnya kalau ada boyfriend. tiba-tiba. haha.
boleh bermanja-manjaan. haha. nadia mengarut.

dah dah.
bye-bye semua. selamat malam . :)