itu gambar muncung-muncungan masa di singapore. haha.ceritanya cerita lain sebenarnya. haha.
nadia sekarang mengantuk.
tapi menahan mata sebab tengah chat dengan pakcik, haha.
hari ni selasa.
baru balik dari singapore bercuti 3 hari.
BEST wooh! haha.
singapore sangat cantik. bestnye kalau malaysia pun macam tu. huu.
tapi macam tak mungkin je? haahaa.
singapore, mengingatkan aku pasal idh.
janji nak bejumpa, satu message pun tak ada.
sampai sekarang masih tak faham apa jenis manusia dia tu.
alien mungkin? haha.
lupakan alien itu nadia.
nanti kalau kahwin dapat anak alien kau mahu ka? haha.
takmau2. haha.
vacation to singapore hari itu boleh kata first time pergi bila dah besar ni.
besar ke? bukan besar, gedabak ok. haha.
masa dekat imigresen, macam orang apa seyh tak tahu apa langsung.
terkial-kial aku. haha. dengan beg besar haa.
tapi best. pengalaman.
sampai singapore tersenyum seorang2.
pasal apa?
haha. sampai juga kau kat singapore ya nadia?
haha. bukan ni ke yang kau nak selama ni?
haha. kepuasan tahap maksima.
nadia sangat happy.
aku pergi singapore berempat.
macam biasa, asniera jasni, raha hananee.
dan yang tak macam biasa, rabiatul adawiyah.
sampai sekarang macam masih tak percaya lagi dia ikut sebab dia itu jarang keluar rumah.
haha. sekali keluar terus pergi singapore haa hamek kau. ahha.
masa kat sana tu :
asniera jasni : sentiasa badmood memanjang.
lapar badmood, tak boleh keluar duit badmood. haish.
raha hananee : jalan mata buka separuh je. nantok punya sebab.
ini budak tak faham ,asyik mengantuk 48 jam. haha.
rabiatul adawiyah : haa yang ni geng bas sekolah. haha.
tak penat punya melayan aku berjalan.
nadia badrulhisham : berjalan yang tak ingat dunia macam besok kaki dah tak ada. mungkin punca utama rakan-rakan yang lain badmood dan penat. haha.
bukan apa lah, dah aku ni memang suka berjalan dan susah nak penat.
so, apa nak buat? ahha.
di singapore berjalan ke :
1. ORCHARD ROAD : yang gila banyak branded boutique. huu. gila ramai orang juga. kami semua duduk tepi-tepi sambil menikmati pemandangan + menikmati ice cream $1 + melihat orang yang lalu lintas. huu. lalu lintas ke lalu-lalang?
2. CITY HALL : esplanade, merlion dan nampak singapore flyer from there. seriously cantik sini.
ambil gambar oh beribu. haha.
3. SENTOSA BEACH : haa sini mang cantik menarik kau memang da bomb punya pantai. haha. aku tak tahu pantai buatan atau asli lah, tapi memang cantik. masuk pun murah. $3 sahaja. ada satu mat saleh nak ambil gambar dengan aku. haha. aku tanya why? dia cakap "oh because you are so beautiful". haha. mampos. jawapan aku : nah nah, its ok. huu. tak nak lahh.
4. ARAB STREET : wah sini lepak satu restoran arab. NABINS. woah best gila! lalu arab street ni lah baru nampak orang-orang melayu singapura seyh. lau tak rabak nampak semua cina la seyh. haha. bajet berbual singapore macam poyo-poyo. haha. haa Nabins tu tempat duduk dia macam tempat baring. ahha. dan ada persembahan samrah(tarian arab). yang perform tu lelaki-lelaki sebaya aku lebih kurang lahh. haha. comel pulak tu. CUCI MATA. huu. pakcik jangan marah. :p
5 . BUGIS STREET : ni ala-ala petaling street lahh. barang-barang dia memang cantik-cantik and stylo-milo, nescafe sume-sume lah. haha. nak balik dari sini, hujan pulak kan. kemudian bermandi hujan lah. best jugak.
6 . CHOA CHU KANG : haha. ini tempat first pergi tapi lupa pulak nak tulis awl-awal so tulis last sekali. kami stay sini, rumah aunt asniera jasni. got 1 mall here, namanya Lot 1. ada cotton on, so beli cardigan idaman yang dah lama diidamkan dari di kuala lumpur lagi. haha. puas hati.
masa jalan-jalan, ternampak singapore polytechnic.
wah sakit hati bukan main.
sebab itu tempat belajar idh dulu. wah lao.
yang si raha mengantuk 48 jam tu boleh kata apa : nad aku berdebar lah tengok singapore polytechnic ni.
aku tanya : kenapa?
raha kata : mesti ramai mamat handsome dalam ni.
nadia kata : ok raha.
aku ingat berdebar pasal apa seyh, rupanya..
jawapan raha sangat mengejutkan lalu mengecewakan. haha.
raha yang tak pernah berubah sukanya tengok lelaki handsome. haha. gatal.
sesat jalan wajib ada ya rakan-rakan dalam setiap percutian aku. dekat kl pun ada hari tu. nak cari bukit jalil macam nak cari gunung fuji kat kl hari tu. ahah.
kat singapore : asniera lupa jalan nak pergi rumah nenek saudara dia.
haa amek kau lepas tu kaki sakit + lapar + haus.
haha. nasib baik jumpa lepas tu. tu pun naik cab at last. haha.
masa di singapore :
asyik tengok handphone mengharap ada orang merindui diri ini.
bapak ayat tak boleh jiwang habis kau nadia. haha.
tak adalah. tunggu message dari pakcik sebab dah cakap kalau rindu bagi je message.
satu message je sampai! haha. pakcik-pakcik. tak rindu saya lah tu! benci. haha.
tadi kan kan, pakcik kata aku tulis blog macam best dibaca. haha.
apa entah yang best pun tak tau. haha.
tapi, TERIMA KASIH PAKCIK SAYANG! hehe.
baru kejap tadi : cerita dengan pakcik pasal mus.
huu. pakcik jealous lahh. hee pakcik, sory. cerita lama lahh. hehe. takmo jealous lagi lah.
asniera, esok dia ada exam. entah ok ke tak tu.
risau aku. b, belajar betul-betul b. kesian mama dengan ayah. tau tau.
haa, pergi singapore sangat banyak ambil gambar. snap sana snap sini.
haha. tapi sorrylah malas nak upload di blog ini. facebook sahaja. hee.
perancangan cuti semester universiti nanti ialah kerja di singapore.
ceh padahal semester satu pun tak masuk lagi dah cerita pasal cuti. ahha.
merancang itu penting.
nadia, laratkah kau? haha. turun naek bus dan MRT kalau kerja singapore.
bangun pagi yang teramat. balik malam yang teramat juga.
semua itu adalah equivalent to penat yang teramat.
tapi duit juga banyak yang mungkin teramat.
laratkah nadia yang teramat? haha.
banyak betul perkataan teramat.
baca pun sudah pening teramat. haha.
kita tamatkan teramat itu. ahha.
hari rabu dah nak kerja. sampai hari ahad. 5 hari.
penatnya woo tak habis lagi. haha. tak apalah.
demi mencari wang! haha.
dah lah, bahu sakit menaip.
panjang betul bermadah malam ni. haha.
bestnya kalau ada boyfriend. tiba-tiba. haha.
boleh bermanja-manjaan. haha. nadia mengarut.
dah dah.
bye-bye semua. selamat malam . :)
bila cik nadia dah merepek
ReplyDeletenih lahh bahana nyee
pak cik je ae.. hahaha...
ReplyDelete