Saturday, June 12, 2010

keyboard

adakah keyboard di komputer atau keyboard yang alat muzik itu?

ahha. keyboard yang pertama jawapannya.
sebenarnya tak ada idea untuk tajuk tulisan kali ini ya.
sebab itu apa yang terlintas di depan mata jadi lah ia jeng jeng jeng, tajuk post.
haha.

current location : muar, johor.
semalam bertolak dari johor bahru selepas satu hari yang sibuk.
sampai lebih kurang pukul 9 malam.

oh semalam sangat happy lagi bangga kerana
lesen P yang bernilai ribuan ringgit itu telah dapat digenggam!
akhirnya!
puas hati aku.
sekarang tengah fikir, bila lah aku dapat memandu ni?
haish. tak ada siapa punya yang berani bagi perempuan 19 tahun yang baru dapat lesen memandu, memandu ok.
sekali lagi people, PEREMPUAN UMUR 19 TAHUN YANG BARU DAPAT LESEN MEMANDU, MEMANG TAK DIPERCAYAI OLEH SESIAPAPUN UNTUK MEMANDU!

kenapa eyh?
ayah sendiri pun walau dah teman pergi JPJ untuk ambil lesen memandu pun masih cakap macam ni lagi,

"Kak long, clutch ni kena tekan macam ni, baru kereta macam ni... and bla bla bla. "
HELLO, KALAU DAH LEPAS UJIAN MEMANDU TU MAKSUDNYA, TAKKAN LA TEKAN CLUTCH PUN TAK TAHU LAGI.
haha. inilah mentality masyarakat.
asal perempuan drive, teruk.
asal perempuan drive, lembab.
hesh. nanti kau aku drive lelaju 300km/jam baru tahu.
hahah. meter pun tak sampai macam tu.

talking about life.
cik asniera sekarang dah dapat kerja.
dan baru potong rambut.
haha. sangat comel katanya.
sedih pula bila dia dah kerja. nanti aku nak pergi mana-mana tak ada orang teman.
kalau tak dia selalu ada.
lepas tu nanti dia ada kawan baru ramai-ramai.
aku jealous. wekk3, menyampah.
jangan lupa aku b!!!

semalam berbual dengan pakcik sebelum tidur.
best! ahah. hee bestnye.
kenapa best? haha. tiba-tiba rasa macam..
entahlah tak tahu rasa macam mana nak cakap or tulis di sini,
tapi wah ia adalah satu perasaan yang sukar digambarkan ke-happy-annya.
haha.

3days ago, pergi menonton wayang bersama Asniera Jasni dan adiknya.
Lagenda Budak Setan.
best wohhh. love story yang sangat aku kagumi.
jalan cerita yang sangat unpredictable.
kalau tak, selalunya prediction aku betul je.
kali ni, salah sentiasa.
so, aku suka cerita ni konklusinya.
kalau dapat boyfriend macam watak Kasha dalam cerita tu,
wah gila hebat.
hidup mesti dipenuhi kebahagiaan eyh. haha.
tapi wujud ke cinta yang macam tu lagi dalam dunia ni?
hmm, no idea.

ada satu kerunsingan ni,
sibuk fikirkan, dapatkah aku teruskan pelajaran di UiTM?
hmm, kalau dapat, macam mana kehidupan di sana nanti?
hopefully all will be all right
and nadia, you have to act normally,
macam selalu-selalu, kan kau senang adapt to any environment.

lagi satu lagi kerunsingan,
macam mana nak kurus?
badan makin naik makin naik.
bila nak makin turun makin turun pun tak tahu.
masalahnya aku ni kalau nak puasa je, pening.
pening situ, mual sana. aduhaiii.
macam-macam masalah lahh.

bila gemuk ni,
pakai apa pun tak cantik lagi hodoh you know.
baju-baju yang cantik dalam almari dah tak cantik bila budak gemuk ni pakai.
huhhhhh, bosan bosan.
nak kurus nak kurus!
nak kurus macam Scha Alyahya.
cantik wooaaahh dia itu.
lepas tu macam brutal-brutal kan.
memang terbaik lahhh. hmm, tapi bila nak dapat?
aduhh pening.

dah lah, malas nak menekan keyboard lagi,
lepas ni tak tahu nak buat apa.
novel maybe?

bye people. :'(

No comments:

Post a Comment

Comment here :