aku lihat mereka gembira. sangat gembira.
bila aku tiada, mereka gembira.
post video di wall seorang yang lain, kerana lagu itu lagu kegemarannya.
senyum sana, senyum sini.
vacation sana, vacation sini.
yang seorang itu, kerana dia aku dibenci oleh seorang lagi.
tapi padanya, itu lawak.
tapi lawak dia, membunuh hati aku.
aku dikatakan terlalu beri muka kepada yang sekarang ini.
tapi tahukah kedua-dua kau, bahawa aku lebih banyak beri muka pada kau berdua?
hampir tiga tahun.
bukan sedikit pembohongan, bukan kecil pembohongan yang dilakukan.
hasil? aku tetap maafkan.
kerana? sayang aku pada kau berdua.
tapi, sedarkah kau semua itu? sedar?
tidak. yang kau sedar aku beri muka kepada yang sekarang ini.
hmm. sebab ini semua, teman-teman rapat di jb pasti hilang.
lihatlah nanti aku pulang, tentu tiada siapa yang ajak aku menghabiskan masa bersama.
mereka saja yang aku ada.
dan kini mereka hilang, kerana, kesalahanku yang mungkin besar sungguh sehingga tak dapat mereka maafkan.
adakah kesalahanku sebenarnya? aku yang bersalah?
nasibku mungkin memang begitu.
kiri kananku tertawa, aku turut tertawa.
hatiku, menangis pilu.
ingin sahaja aku meraung semahunya.
hahaha. aku sudahi entry ini dengan satu lagi helah ketawa.
No comments:
Post a Comment
Comment here :