semalam 14 april.
merupakan hari terakhir di kolej matrikulasi johor.
suka? sedih?
suka dan sedih.
menjadi SUDIH. haha.
semalam best. ayh dan ibu datang ambil.
kemudian pergi jumpa atok ,
pergi jumpa nenek ,
pergi makan-makan.
atok kurus sangat. kesian atok. dia sakit.
nadia sayang atok.
sejak masuk matrik,
saya banyak belajar sayang orang.
sejak masuk matrik lah,
nadia makin sayang pada familynya.
dan pandai menunjukkan rasa sayangnya pada family.
terima kasih matrik. :)
nadia ambil-ambil gambar.
best. sangat.
dah lama gila tak ambil gambar.
nadia juga bermain bersama quyeen, si cik kecik.
kelakarlah.
teringat zaman kecik-kecik dulu,
colour-colour buku colour.
dah tu comot pulak tu.
walaupun comot, tetap bangga.
dulu kan pernah masuk contest mewarna tau.
nutrigen punya. nak tahu dapat nombor berapa?
dapat saguhati. hehe.
hebatlah tu. satu malaysia tau masuk.
haa. alih-alih tengok dalam letterbox,
ada t-shirt nutrigen.
wah suka masa tu tak hengat. haha. :)
kenangan manis masa kecil.
itu cerita suka.
cerita sedih :
sedihnya tinggalkan matrik.
baru berapa jam dah rindu bilik F1.12.
rindu wani , rindu tikah , rindu kak ekin.
rindu katil. paling amazing?
rindu buku makroekonomi. haha. serius.
sedih juga sebab takkan dapat rasa suasana matrik lagi.
nak tahu tak?
nadia rasa , dia macam ada suka balik kat si pakcik tu.
macam mana? apa mahu buat?
tadi chat dengan pakcik di facebook.
dan sangat best.
juga message-message dengan dia sebelum itu.
pakcik semakin comel dan sweet dan charming.
tapi tahan lama ke?
matrik dah habis.
probability nak jumpa?
0.01%. sikitnya nadia.
nak tahu tak masa pakcik nak balik dia cakap apa?
dia bagi message,
"makcik, saya balik dulu. nanti bila-bila kita jumpa lagi.bye."
wah sedih benar ayat dia kerana begitu kasar.
dia tu memang kasarlah. hishh. masalah.
tapi oklah, at least dia beritahu.
sedih juga sebab tak dapat jumpa pakcik lagi.
kalau tak mesti ada probability untuk... (nadia jangan cakap,malu orang baca!)
hehe. dia pernah cakap,
"agaknya kalau dari sem lepas kenal, tiap-tiap hari jumpa kot."
haha. wah masa tu, hati nadia punya bunga, tak boleh tahan!
haha. tapi sekarang, hati dah musim luruh.
tapi macam ada bunga balik. musim luruh campur bunga. musim lunga. haha.
macam mana ni? haha.
apa-apa jelah nadia.
kau tu tak habis-habis.
hah, nadia juga ada kenal orang baru untuk dijadikan kawan.
dan dan,
hari ini nadia juga seperti semakin tahu apa cita-citanya.
NADIA MAHU JADI PENGACARA.
alah, macam nurul syuhada tu.
bestnya. dan dan,
atok menyokong cita-cita nadia.
suka sangat.
haa, tadi atok ada bagi bedak.
beriya-iya atok bagi tadi.
"nadia, ni haa atok ada nak bagi nadia. bedak ni. wangi. atok beli ni"
atok buat nadia sedih lah.
nadia ambil bedak tu. berkat.
berkat doa atok, mana tahu satu hari nanti nadia betul-betul jadi pengacara?
beriya-iya atok cakap tadi,
"nadia jadilah macam tu pengacara wanita hari ini tu,
yang ada lesung pipit tu"
walaupun nadia tak kenal, tapi nadia ketawa.
nadia kata "ok tok!" hehe.
comel je atok macam tu.
nadia nangis lahh. sedihnya.
atok, nadia tunaikan cita-cita atok. nadia cuba ya?
atok sihatlah sampai nadia berjaya ya? hmm.
atok suka tadi ibu bagi tudung.
"matching ngan baju atok haaa"
sekali lagi atok comel. atok-atok.
dulu manjanya saya dengan atok. :)
asniera,
saya rindu dia.
rindu sangat. dia datang ke tak esok ek?
rindu. :(
nadia tak sabar-sabar mahu pakai cantik-cantik.
dan ambil gambar banyak-banyak.
nadia juga mahu boyfriend.
bila nak dapat ni? hehe. (gatal lahh kau!)
ok lahh. mahu tidur.
tahu tak dah pukul berapa ni?
5.16 pagi. nadia tak tidur lagi.
haha. esok mahu bangun awal sikit.
kemas barang dan teman ibu ke pasar.
ibu nak belikan baju. hehe.
yeay! shopping. hehe.
ok, tidur jom.
meh baca al-fatihah dengan ayat kursi sebelum tidur.
lepas itu tidur ok?
goodnight semua.
goodnight ibu, ayah, amir, adik.
goodnight atok.
goodnight b.
goodnight pakcik.
goodnight idh.
aik? ada lagi idh?
haha. cuma teringat dekat dia.
i really had a great great time.
goodnight everyone. :))
sweet... :)
ReplyDelete